Ahad, 22 Jun 2008

kaedah pembiakan lembu

  1. Kaedah Pembiakan

    Lembu betina dara yang telah matang atau bibit yang di dalam keadaan berahi sahaja yang boleh dikahwinkan. Tempoh berahi selama 24 jam perlulah diperhatikan dengan betul supaya tidak berlaku kesiiapan. Sekiranya tempoh itu terlepas, tempoh berahi berikutnya akan datang semula dalam masa 18-24 hari (purata 21 hari).

    Di antara tanda-tanda berahi ialah:

    1. Sentiasa berbunyi bising.
    2. Kemaluan merah dan membengkak.
    3. Keluar lendir dari kemaluan.
    4. Panjat memanjat sesama sendiri.
    5. Mengasingkan diri, gelisah dan kurang makan.

    Lembu-lembu yang berjaya dikahwinkan tidak akan menunjukkan tanda-tanda berahi selepas itu. Selepas dua bulan, pegawai dari Pejabat Haiwan boleh dipanggil membuat pemeriksaan bagi mempastikan kebuntingan.

    Selepas melahirkan anak, seekor lembu betina boleh dikahwinkan semula apabila datang berahi pada 40-60 hari kemudian. Seekor lembu betina tidak sesuai untuk dibiakkan lagi selepas 5-6 kali beranak, atau pada umur 8-10 tahun.

  2. Penjagaan Lembu Bunting

    Tempoh bunting seekor lembu adalah kira-kira 283 hari. Perhatian penuh perlu diberikan semasa lembu bunting sarat. Makanan bermutu dan air yang bersih dan cukup mesti diberikan kepada bakal ibu yang telah diasingkan di dalam kandang.

    Di antara tanda-tanda lembu hampir akan melahirkan anak ialah :

    1. Labu tetek membesar.
    2. Susu dapat diperah dan berwarna kekuningan.
    3. Pangkal ekor kendur ke arah tulang punggung yang menjadi renggang.
    4. Bibir kemaluan membengkak.
    5. Sentiasa gelisah.
    6. Mengasingkan diri dari kumpulan lembu-lembu lain.

    Ketika ini, lembu perlu diasingkan ke dalam kandang khas yang lantainya beralaskan rumput-rumput kering. Tuan punya lembu perlulah sentiasa memerhatikan tetapi tidak perlu menghampirinya. Sekiranya lembu berkeadaan sukar beranak, pegawai dari Pejabat Haiwan perlu diberitahu untuk memberikan pertolongan di mana perlu. Begitu juga selepas 24 jam melahirkan anak, jika uri (placenta) tidak keluar dengan sendirinya, keadaan ini perlu dirawat oleh pegawai yang berpengalaman dari Pejabat Haiwan.

    Anak-anak lembu yang lahir dalam keadaan yang bersih, peluang jangkitan kuman melalui talipusat adalah tipis, tetapi seelok-eloknya talipusat hendaklah dirawat dengan iodin bagi mempastikan sebarang keburukan tidak berlaku.

  3. Penjagaan Selepas Kelahiran

    Anak yang baru lahir mesti mendapat susu ibu ulung (colostrum) sekurang-kurangnya bagi 4 hari yang pertama. Penyusuan seterusnya boleh diberikan sehingga 3 bulan di mana anak perlu diceraikan dari ibunya. Secara perlahanlahan anak itu harus diajar supaya memakan rumput dan dedak sehingga dicerai terus dari ibunya.

    Ceraian susu yang awal dapat menjamin kesubUran sistem peranakan ibu untuk kebuntingan semula dengan cepat.

    Anak-anak pula perlu mendapat penjagaan rapi bagi mempastikan pembesaran yang sempurna.

  4. Penjagaan Anak Membesar

    Anak jantan yang tidak diperlukan untuk dijadikan baka, mestilah dikasi (dikembiri) supaya tidak mengganggu pembiakan ibu-ibu lembu. Gangguan ini boleh menyebabkan ibu-ibu melahirkan anak-anak yang tidak bermutu. Selepas dikasi biasanya anak jantan itu akan lebih cepat membesar dan boleh segera digemukkan untuk disembelih. Tanduk juga perlu dibuang supaya tidak menimbulkan masalah pengendalian apabila lembu itu besar kelak.

    Anak betina yang sedang membesar pula harus diperhatikan supaya mendapat pemakanan yang baik dan tidak dikahwini sebelum mencapai umur kira-kira 2 tahun. Info dari Jab Perkhidmatan Haiwan//.



Pihak Eastana Farm Industries Sdn Bhd (706301-V) dengan usahasama Koperasi Usahawan Malaysia Berhad (KUMB) memperlawa anda untuk menjadi rakan pengusaha Program Usahawan Ternakan(PUT). Konsep Pinjaman Pelaburan Penternakan lembu mengguna pakai konsep pajakan PAWAH dan pembahagian keuntungan secara Mudharabah.


  • Pulangan Keuntungan Penternakan lembu dibayar secara Bulanan atau Tahunan (pilih).
  • Minimun Pinjaman Modal Penternakan lembu RM 3,000.
  • Ikatan Tempoh Pinjaman Penternakan lembu adalah selama 3 Tahun.
  • Jangkaan Keuntungan Penternakan lembu adalah sehingga 12% sebulan dari Nilai Pinjaman Modal Penternakan lembu selama 36 bulan.
  • Pinjaman Modal Penternakan lembu akan dipulangkan selepas tamat kontrak 3 tahun dengan nilai mengikut pasaran semasa.
  • Tambahan Pinjaman Modal Penternakan lembu boleh dibuat pada bila-bila masa dalam gandaan RM1,000.
  • Bonus Tambahan Insentive sehingga 3% akan diberikan kepada ahli yang ingin berkongsi maklumat dan menubuhkan rangkaian penternakan lembu.
  • Layari laman maklumat dan syarikat untuk keterangan lanjut penternakan.
CARA-CARA PENYERTAAN:

1. Syarat terkini anda perlu menjadi ahli KUMB terlebih dahulu dengan membuat pelaburan pokok RM 1,ooo.

2.Masuk ke laman Permohonan secara Online.
  • Taipkan ID Pengenal 205588145 dan tekan search.
  • Isikan semua butir-butir yang dikehendaki terutama yang wajib bertanda *.
  • Semak dan tekan butang submit.
  • Anda akan diberi User ID dan Password untuk mengaktifkan akaun anda.
  • Catatkan user ID dan Password dan tekan OK.
3.Muat turun borang Ahli Koperasi KUMB.

  • Isikan semua maklumat. Individu tidak perlu mengisi butir- butir syarikat.
  • Isikan tarikh dan tandatangan.
  • Kosongkan ruang Pencadang & Penyokong.
4. Muat turun borang Ikrar.
  • Turunkan tandatangan.
  • Ikut Nota:
  • Sertakan 2 x gambar ukuran pasport.
  • 2 x salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Pendaftaran Syarikat (jika berkaitan)
  • Salinan Form 49 (jika berkaitan)
5. Muat turun borang Pinjaman/Pelaburan.

  • Isikan semua butir-butir.
  • Min Pinjaman adalah RM 3,000 dan gandaan RM1,000.
  • Isikan Nama Pencadang: ZAINUDIN BIN AHMAD.
  • ID Pengenal : 205588145.
6. Muat turun borang Bayar.
  • Buat bayaran menggunakan Bank Draf/Bank Cek. atas nama KOPERASI USAHAWAN MALAYSIA BERHAD.
  • ID Pengenal : 205588145
  • Nama Pengenal: ZAINUDIN BIN AHMAD
7.Buat salinan dan pos/hantarkan ke:

  • EASTANA FARM INDUSTRIES SDN BHD
  • 47-1 Jalan TKS 7
  • Taman Komersial Senawang
  • 70450 SENAWANG Negeri Sembilan
Pihak Eastana Farm akan membuat pendaftaran setelah borang ASAL diterima.
Anda akan dihubungi oleh pihak Eastana Farm melalui SMS dan panggilan tel berhubung permohonan anda dan pengesahan no ID untuk diaktifkan dalam masa terdekat.

Anda adalah digalakkan untuk berkongsi maklumat kepada rakan-rakan mengenai program penternakan lembu ini. Usaha anda akan diberi ganjaran 3% dari Modal Pinjaman Pelaburan penternakan lembu rakan-rakan anda. Sila layari dan teliti laman maklumat.

BERTINDAK SEGERA SECARA BIJAK!

Selasa, 17 Jun 2008

Hadhari Cattle?


Hadhari Cattle teroka bidang ternakan




HADHARI Cattle bakal membangunkan proses pembiakan lembu baka sendiri dalam tempoh tujuh hingga 10 tahun akan datang.


Umum mengetahui peranan manusia sebagai khalifah Allah untuk mentadbir dan membangunkan muka bumi. Sama ada pentadbiran itu berjaya atau gagal, ia terletak kepada kebijaksanaan seseorang dalam mengurus melalui akal yang dikurniakan kepada insan.

Justeru penjanaan ekonomi menjadi fokus utama kemajuan dan menjadi penanda aras kepada kebolehan seseorang mengurus perniagaan yang dibina.

Yang pasti, objektif muamalat (perniagaan) Islam bertujuan meningkatkan taraf kehidupan manusia meliputi aspek pembangunan insan seperti peningkatan kualiti diri dan keperluan hidup untuk menjana ekonomi dalam dunia perniagaan yang berdaya saing kini.

Lantaran itu, Hadhari Cattle Industry Sdn.Bhd. (Hadhari Cattle), memanfaatkan peluang dalam sektor penternakan sebagai perniagaan agar ia tidak disia-siakan dan dieksploitasi oleh bangsa asing di negara ini.

Namun, setiap usaha itu mesti didokong dengan sokongan untuk mencari jalan keluar dari kesempitan hidup dan juga memajukan masyarakat.

Apatah lagi, jika segala urusan perniagaan dilakukan dengan sendiri bagi kerana ia akan menerima banyak dugaan dan rintangan dalam menjalani kehidupan sebagai hamba Allah di muka bumi.

Wartawan FARABI SHEIKH SAID AL JABRI menemubual Timbalan Presiden Kanannya, Dr. Abdul Rashid Tang Abdullah mengenai perusahaan Hadhari Cattle.

MEGA: Mengapa dan atas dasar apa Hadhari Cattle, dipilih sebagai nama syarikat perniagaan?

DR. ABDUL RASHID: Hadhari Cattle dipilih kerana ia sesuai dengan kedudukan semasa yang menunjukkan bahawa syarikat berhasrat untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti keislaman. Ia bagi membangunkan syarikat dan juga umat Islam terutamanya bumiputera untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan.

Di samping itu, syarikat berhasrat mengeluarkan makanan halal yang berasaskan ternakan lembu dan produk-produk yang dikeluarkan dapat dinikmati tanpa was-was dan dijamin kualitinya.

Mengapa saudara tertarik menjalankan perniagaan dan mengusahakan perniagaan ini?

DR. ABDUL RASHID: Terdapat banyak ruang yang boleh diusahakan dalam industri ternakan. Sebahagian besarnya diperoleh melalui import kerana keluaran negara sendiri tidak dapat menampung keperluan pengguna yang kian meningkat.

Ini terbukti apabila hampir 90 peratus keperluan atau RM6 bilion dibelanjakan oleh pengguna bagi produk ternakan. Setiap tahun dianggarkan keperluan negara berada dalam lingkungan 850,000 ekor lembu dan ternakan ini diimport terutamanya dari Australia dan India.

Oleh yang demikian adalah wajar usaha ini dilaksanakan. Ia bukan sahaja menjimatkan pengeluaran wang negara, malah pada satu hari nanti kita percaya industri ini menjadi sebahagian hasil negara yang mana barangannya dapat dieksport.

Selain itu usaha yang dijalankan akan dapat menwujudkan sebilangan ramai usahawan bumiputera berkecimpung dalam ternakan lembu dan produk ternakan yang akan seiring dengan syarikat membangunkan industri.

Dalam konteks ini penggabungan antara syarikat dan usahawan adalah penting bagi mencapai kejayaan dalam perniagaan yang dihasratkan iaitu memperolehi keuntungan serta dijadikan sebagai kerjaya.

Dengan kata lain, bekalan adalah terhad dan permintaan tinggi yang mana cukup kondusif bagi menwujudkan pasaran yang belum diterokai sepenuhnya diambil oleh pengusaha tempatan.

Apakah moto dan inspirasi syarikat anda dalam merangka perniagaan yang bercirikan keislaman.

DR. ABDUL RASHID: Nama Hadhari itu sendiri melambangkan Islam Hadhari yang dipelopori oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Logo syarikat melambangkan pertemuan nilai Timur (E: East) dan pembangunan Barat (W: West), iaitu pertemuan kedua-dua tamadun yang diadun sebagai kuasa yang disepadu untuk memberi kekuatan dalam perniagaan.

Warna biru laut melambangkan betapa luasnya peluang perniagaan yang sedia ada untuk diceburi.

Bagaimana sambutan dan permintaan terhadap produk ini?

DR. ABDUL RASHID: Sehingga hari ini syarikat menerima maklum balas yang amat menggalakkan dan baik daripada pengusaha yang ingin menyertai program keusahawanan sama ada yang menulis atau berdaftar melalui web kami di www.hadharifood.com.my. Ada juga individu yang datang ke pejabat dan tapak penyembelihan di Paya Pahlawan, Jitra, Kedah.

Pengguna turut memberi maklum balas positif terhadap produk kami. Malah pengusaha hotel dan restoran juga membuat pesanan bagi mendapatkan bekalan produk secara konsisten.

Selain produk yang sedia ada, apakah produk lain juga ditawarkan oleh syarikat?

DR. ABDUL RASHID: Selain daging mentah yang menjadi keluaran utama kami, usaha lain yang sedang dibuat ialah mengeluarkan produk berasaskan daging seperti daging, frankfurter, sosej dan dalam konteks ini kita juga mampu mengeluarkan 80 jenis produk yang berkaitan.

Dalam perancangan, pihak syarikat juga sedang membina perusahaan hiliran bagi memaksimumkan pengunaan bahan-bahan sedia ada iaitu mengeluarkan gelatin halal untuk dipasarkan ke industri makanan, kosmetik dan perubatan dan sebagainya akan diusahakan untuk pengeluaran kapsul ubatan.

Apakah rahsia kejayaan Hadhari Cattle sehingga ke tahap sekarang dan apakah pendekatan yang diamalkan oleh syarikat?

DR. ABDUL RASHID: Usaha, gigih dan yakin melalui adanya perancangan yang teratur merupakan kunci bagi kejayaan perusahaan yang diceburi. Selain itu, adalah perlu untuk menaruh harapan serta mendapat keyakinan dari pihak-pihak yang terlibat dalam memberi sokongan agar langkah yang diambil diterima.

Dari segi perancangan pula, adalah penting suatu rangka yang komprehensif perlu digubal agar perjalanan yang akan diterokai melalui jalan yang pasti mampu dilalui dengan licin dan berkesan dengan penggunaan sepenuhnya sumber yang ada.

Apakah matlamat syarikat terutamanya dalam hal berkaitan kebajikan umat?

DR. ABDUL RASHID: Dalam hal ini aspek paling penting ialah membekalkan bahan makanan halal.

Matlamat syarikat ialah menerapkan perasaan tanggungjawab dalam memenuhi harapan pengguna. Selain itu, penerapan nilai-nilai murni amatlah penting bagi menjamin hayat niaga dapat dipertahankan sebagai pembangunan ummah secara musyawarah yakni saling bantu membantu ke arah keberkesanan terhadap pembentukan industri yang kukuh bagi jangka waktu panjang.

Apakah perancangan syarikat dalam memastikan perniagaan ini terus kekal dalam pasaran?

DR. ABDUL RASHID: Pembentukkan pengurusan rangkaian bekalan sepadu yang digubal akan memastikan arah tujuan perniagaan dapat dilaksanakan dengan licin dan berkesan.

Semua aliran pergerakan sumber dapat digembleng dan dimaksimumkan pengunaannya serta mereka yang terlibat saling membantu dalam mendirikan urusniaga yang kukuh.

Dalam perancangan masa depan syarikat, kita akan membangunkan proses pembiakan lembu dalam tempoh tujuh hingga 10 tahun, yang mana apabila dibangunkan kita akan mampu mendirikan dan mengeluarkan lembu baka yang tersendiri.


PELUANG PERNIAGAAN SECARA KOPERASI

Pihak Eastana Farm Industries Sdn Bhd (706301-V) dengan usahasama Koperasi Usahawan Malaysia Berhad (KUMB) memperlawa anda untuk menjadi rakan pengusaha Program Usahawan Ternakan(PUT). Konsep Pinjaman Pelaburan Penternakan lembu mengguna pakai konsep pajakan PAWAH dan pembahagian keuntungan secara Mudharabah.


  • Pulangan Keuntungan Penternakan lembu dibayar secara Bulanan atau Tahunan (pilih).
  • Minimun Pinjaman Modal Penternakan lembu RM 3,000.
  • Ikatan Tempoh Pinjaman Penternakan lembu adalah selama 3 Tahun.
  • Jangkaan Keuntungan Penternakan lembu adalah sehingga 12% sebulan dari Nilai Pinjaman Modal Penternakan lembu selama 36 bulan.
  • Pinjaman Modal Penternakan lembu akan dipulangkan selepas tamat kontrak 3 tahun dengan nilai mengikut pasaran semasa.
  • Tambahan Pinjaman Modal Penternakan lembu boleh dibuat pada bila-bila masa dalam gandaan RM1,000.
  • Bonus Tambahan Insentive sehingga 3% akan diberikan kepada ahli yang ingin berkongsi maklumat dan menubuhkan rangkaian penternakan lembu.
  • Layari laman maklumat dan syarikat untuk keterangan lanjut penternakan.
CARA-CARA PENYERTAAN:

1. Syarat terkini anda perlu menjadi ahli KUMB terlebih dahulu dengan membuat pelaburan pokok RM 1,ooo.

2.Masuk ke laman Permohonan secara Online.
  • Taipkan ID Pengenal 205588145 dan tekan search.
  • Isikan semua butir-butir yang dikehendaki terutama yang wajib bertanda *.
  • Semak dan tekan butang submit.
  • Anda akan diberi User ID dan Password untuk mengaktifkan akaun anda.
  • Catatkan user ID dan Password dan tekan OK.
3.Muat turun borang Ahli Koperasi KUMB.

  • Isikan semua maklumat. Individu tidak perlu mengisi butir- butir syarikat.
  • Isikan tarikh dan tandatangan.
  • Kosongkan ruang Pencadang & Penyokong.
4. Muat turun borang Ikrar.
  • Turunkan tandatangan.
  • Ikut Nota:
  • Sertakan 2 x gambar ukuran pasport.
  • 2 x salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Pendaftaran Syarikat (jika berkaitan)
  • Salinan Form 49 (jika berkaitan)
5. Muat turun borang Pinjaman/Pelaburan.

  • Isikan semua butir-butir.
  • Min Pinjaman adalah RM 3,000 dan gandaan RM1,000.
  • Isikan Nama Pencadang: ZAINUDIN BIN AHMAD.
  • ID Pengenal : 205588145.
6. Muat turun borang Bayar.
  • Buat bayaran menggunakan Bank Draf/Bank Cek. atas nama KOPERASI USAHAWAN MALAYSIA BERHAD.
  • ID Pengenal : 205588145
  • Nama Pengenal: ZAINUDIN BIN AHMAD
7.Buat salinan dan pos/hantarkan ke:

  • EASTANA FARM INDUSTRIES SDN BHD
  • 47-1 Jalan TKS 7
  • Taman Komersial Senawang
  • 70450 SENAWANG Negeri Sembilan
Pihak Eastana Farm akan membuat pendaftaran setelah borang ASAL diterima.
Anda akan dihubungi oleh pihak Eastana Farm melalui SMS dan panggilan tel berhubung permohonan anda dan pengesahan no ID untuk diaktifkan dalam masa terdekat.

Anda adalah digalakkan untuk berkongsi maklumat kepada rakan-rakan mengenai program penternakan lembu ini. Usaha anda akan diberi ganjaran 3% dari Modal Pinjaman Pelaburan penternakan lembu rakan-rakan anda. Sila layari dan teliti laman maklumat.

BERTINDAK SEGERA SECARA BIJAK!

Manual Penternakan Lembu Fidlot

1.0 PENGENALAN

"Manual Penternakan Lembu Fidlot" ini disediakan sebagai panduan kepada bakal-bakal pengusaha dan penternak yang berhasrat untuk mengusahakan projek pengeluaran lembu pedaging secara sistem fidlot.

Manual ini menyediakan maklumat yang menyeluruh mengenai segala aspek penternakan lembu fidlot secara moden dan sistematik. Walaupun begitu ia tidak bermakna projek ternakan lembu fidlot boleh terus dilaksanakan dengan jayanya hanya dengan membaca dan berpandukan manual ini sahaja.

Mereka yang berminat dan berhasrat untuk mengusahakan bidang usaha ternakan lembu fidlot masih perlu menghubungi mana-mana Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) samada di Negeri atau Daerah yang berdekatan. Khidmat nasihat, latihan intensif serta pendedahan di lapangan, sekiranya perlu akan diusahakan oleh pegawai JPH kepada mereka yang berminat bagi menjamin projek ternakan lembu fidlot yang diusahakan itu benar-benar berdaya maju dan berdaya saing. Disamping itu, pihak pengusaha fidlot juga perlu sentiasa menghubungi JPH secara berterusan dari masa ke semasa sepanjang mengusahakan projek ternakan lembu fidlot.

Dengan terhasilnya "Manual Penternakan Lembu Fidlot" ini, JPH berharap perlaksanaan bidang usaha dan projek fidlot yang diusahakan oleh mana-mana pihak walau dimana jua diusahakan akan menjadi lebih seragam serta dapat memenuhi tahap piawaian kualiti ternakan yang "standard"

1.1 Definasi fidlot

"Penternakan Lembu Fidlot" bermaksud memelihara lembu secara intensif dalam kandang/kurungan untuk tujuan pengeluaran lembu daging melalui peningkatan berat badan dengan memberi makanan yang bermutu, air bersih, mineral dan vitamin yang secukupnya dalam tempoh yang tertentu.

Perlu diperhatikan bukan semua peningkatan berat badan lembu fidlot boleh disamakan dengan pengemukkan. Pengemukan atau peningkatan utama berat badan yang disebabkan deposisi lemak (fat deposition) hanya berlaku pada peringkat umur tertentu dan berkait rapat dengan baka dan formulasi makanan yang diberikan. Sebagai contoh, peningkatan berat badan lembu tempatan (baka KK) yang di fidlot antara umur 12 hingga 16 bulan terdiri daripada peningkatan berat tulang dan daging sahaja. Deposisi lemak adalah terlalu kecil.

Apa yang penting dan perlu diingat ialah bidangusaha fidlot ini hanya untuk memenuhi permintaan sesuatu pasaran terhadap daging lembu dengan mengembeling segala sumber yang terdapat di lokasi berkenaan secara optimum untuk mendapat keuntungan yang maksimum

1.2 Sistem Fidlot

Dua sistem penternakan fidlot yang biasa diusahakan di Malaysia:

i. Sekali masuk - Sekali keluar

Memelihara sekumpulan ternakan sahaja dalam sesuatu masa sehingga tamat tempoh dan mencapai target berat pasaran.Selepas semua ternakan habis dipasarkan (dijual) barulah dimasukkan dan dipelihara kumpulan ternakan berikutnya

ii. Masuk-Keluar Berterusan

Memelihara beberapa kumpulan ternakan secara berperingkat mengikut tempoh tertentu berdasarkan target pasaran bagi setiap kumpulan, Setiap kumpulan ternakan dipelihara dan dipasarkan (dijual) secara berterusan.

1.3 Untung-Rugi Operasi Fidlot

Terdapat empat (4) faktor utama yang akan mempengaruhi untung-rugi bidangusaha fidlot. Faktor berkenaan adalah :-

i. Faktor ternakan

a. Harga belian feeder

b. Harga jualan finisher

c. Keupayaan dan prestasi baka yang digunakan

ii. Faktor makanan (harga)

Harga makanan paling mahal dan mencapai 70% kos pengeluaran. Ini bermakna sebarang kelewatan penjualan akan mengurangkan keuntungan. Market Timing kadangkala amat penting bagi operasi yang berskala besar. Setiap pengusaha perlulah sentiasa sedar akan peluang dan kos yang terlibat dalam setiap projek beroperasi. Adalah sesuai dan amat digalakkan para pengusaha menguasai ilmu pemakanan ruminan, khususnya dalam sistem fidlot ini. Pembaziran makanan juga boleh dielakkan dengan mengunapakai rekabentuk kandang yang standard

2.0 PEMASARAN

Pemasaran lembu fidlot merupakan salah satu aktiviti penting yang menentukan samada sesuatu projek ternakan lembu fidlot itu berdaya maju atau sebaliknya.

Harga jualan lembu fidlot adalah faktor ketiga penting yang akan menentukan samada bidangusaha tersebut menguntungkan atau sebalinya. Pengusaha fidlot yang bijak biasanya telah menentukan dan merancang strategi pemasaran hasil fidlot mereka sebelum memulakan perusahaan. Ini bermakna perusahaan fidlot adalah merupakan aktiviti yang berpandukan pasaran dengan mengunakan segala sumber tempatan yang ada secekap mungkin.

2.1 Jenis-jenis Pemasaran

Terdapat empat kaedah pemasaran utama untuk lembu fidlot:

i. Jualan lembu hidup kepada peraih (butcher)
ii. Jualan lembu hidup untuk aqiqah
iii. Jualan lembu hidup untuk korban
iv. Jualan runcit secara tunai (daging segar)

Pasaran pertama adalah yang terbesar dan perlu dijadikan sasaran utama oleh pengusaha fidlot. Penjualan lembu hidup untuk penyembelihan terus boleh dilaksanakan samada secara terus atau melalui peraih.

Pasaran kedua dan ketiga adalah bermusim dan tertakluk kepada permintaan.

Bagi menjamin kemapanan projek yang diusahakan, pengusaha fidlot perlu merancang strategi pemasaran meliputi kedua-dua kategori pasaran tersebut. Oleh yang demikian, adalah penting untuk menjalankan sistem fidlot berperingkat. Ini bermakna, ternakan lembu fidlot perlu diusahakan samada dalam 2 atau 3 peringkat kumpulan.

Jadual 1 menunjukkan contoh strategi pemsaran bagi pemasaran bagi operasi fidlot 3 peringkat untuk tempoh pengemukan 4 bulan (120 hari) pada kadar peningkatan berat badan harian 1kg/hari:

Kumpulan@ Peringkat Bulan Ternakan Masuk Berat Masuk (kg) Peningkatan Berat Badan harian (Kg/hari) Target Berat Jualan (kg) Target Juala(bulan)
Pertama Ogos 230-260 kg 1.0 kg/hari 350-380 kg Hari Raya Aidil Fitri
Kedua Oktober 180-230 kg 1.0kg/hari 300-350 kg Hari Raya Korban (Februari)
Ketiga Sepanjang masa 230-260 kg 1.0kg/hari 350-380 kg Jualan hidup/daging segar (Jan-Dis)

2.2 Networking

Bagi mereka yang baru memulakan projek kerap berlaku masalah pemasaran disebabkan bidangusaha mereka belum diketahui oleh pembeli dan peraih. Berlaku juga dalam keadaan tersebut dimana pengusaha menghadapi masalah menetapkan harga jualan hasil mereka dan penjualan dibawah harga pasaran ini merugikan pengusaha. Kejadian sedemikian boleh menampakkan bidangusaha ini tidak berdaya maju seperti yang dimaklumkan.

Bagi mengatasi keadaan ini adalah dicadangkan supaya pengusaha baru mempromosikan bidangusaha fidlot mereka serta berganding bahu dan sentiasa berhubung dengan pengusaha-pengusaha yang sediada.

Dengan mengamalkan networking sedemikian. pemasaran lembu fidlot akan menjadi lebih lancar dan terjamin. jaringan pemasaran ini juga boleh digunakan oleh pengusaha bagi mendapatkan bekalan lembu-lembu feeder dan juga harga makanan yang baik.

2.3 Penjualan Secara Tunai

Bidangusaha fidlot boleh rugi dan akhirnya terpaksa ditutup apabila terlalu banyak menanggung hutang. Hutang yang besar disebabkan aktiviti penjualan yang dibuat secara kredit. Usaha memungut hutang adalah merupakan satu usaha yang amat sukar dan melibatkan kos tertentu. Mereka yang berjaya hanya menjualkan hasil fidlot secara tunai.

Pengusaha fidlot yang berjaya memasarkan hasil mereka terus kepada pelanggan secara jualan tunai.

Kebanyakkan pengusaha fidlot berskala sederhana juga menjalankan aktiviti jualan runcit daging lembu fidlot mereka di pasar-pasar tempatan, pasar malam atau pasar tani. Aktiviti ini dijalankan bagi memastikan pemasaran dipelbagai dan penjualan hasil fidlot berjalan dengan lancar disamping meningkatkan pendapatan.

Adalah dianggarkan sebanyak sebanyak RM 150.00 pendapatan tambahan boleh diperolehi melalui penjualan runcit daging bagi setiap ekor lembu fidlot. Terdapat juga pengusaha fidlot yang membuat rangkaian pemasaran melalui pasar-pasar tani dan pasar malam dengan melibatkan beberapa pekerja dan kenderaan pengangkutan khas.

Semua usaha ini adalah untuk mempelbagaikan aktiviti penjualan lembu fidlot sebagai menjamin pemasaran yang berterusan dan seterusnya menjamin bidangusaha projek ternakan lembu fidlot berdaya maju dan mapan.

3.0 PEMILIHAN TERNAKAN

3.1 Asas Pemilihan

Pemilihan ternakan untuk fidlot perlu berasaskan kepada keperluan pasaran. Faktor-faktor yang mempengaruhi termasuklah:

i. Permintaan . keperluan pasaran
ii. Penetapan berat awal
iii. Peningkatan berat badan
iv. Target berat akhir atau berat jualan

3.2 Baka dan Jantina

Terdapat tiga jenis baka lembu yang boleh dipilih untuk penternakan fidlot yang boleh mengadaptasi cuaca tempatan dan mempunyai ciri-ciri tumbesaran yang baik seperti :

i. Baka import

Contoh : lembu Brahman, Droughmaster, Sahiwal-Fresien dan Nellore.

ii. Kacukan baka tempatan dengan baka import

Contoh : Kacukan KK x Brahman dan KK x Nellore

iii. Baka tempatan Kedah-Kelantan (KK)*

* Lembu baka tempatan KK bagaimanapun memberikan peningkatan berat badan (ADG) yang lebih rendah berbanding baka import atau kacukan. Jantina lembu yang sesuai untuk fidlot adalah jantan bagaimanapun lembu-lembu betina dewasa yang ditakai juga terbukti memberikan pulangan yang baik.

3.3 Umur dan Berat Badan

Lembu yang dipilih untuk penternakan fidlot perlu dipastikan memenuhi kriteria-kriteria berikut:

i. Umur antara satu hingga satu setengah tahun
ii. Berat awal antara 200-250 kg (baka import atau kacukan) dan 150-200 kg (baka tempatan atau KK), Bagaimanapun, penentuan berat awal tertakluk kepada perancangan tempoh pemeliharaan dan target pemasaran (berat akhir atau berat jualan yang dikehendaki)

Jadual 2 menunjukkan contoh penentuan pemilihan lembu fidlot (feeder) berdasarkan berat awal, peningkatan barat badan harian dan target berat akhir (berat jualan)

Berat Awal Peningkatan Berat Badan Harian (kg/hari) Tempoh Pemeliharaan (hari) Berat Akhir (kg)
200 1.0 120 320
230 1.0 120 350

3.4 Status Kesihatan

Lembu yang dipilih untuk penternakan fidlot mestilah diperolehi dari sumber atau gerompok ternakan yang sihat dan disahkan bebas dari jangkitan penyakit oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan.

Perkara-perkara berikut perlu diambil perhatian utama:

i.


ii.

iii.

Pastikan lembu telah disahkan bebas dari penyakit kuku dan mulut serta penyakit hawar berdarah dan telah diberi suntikan vaksinasi pencegahan penyakit tersebut.

Pastikan lembu adalah bebas dari jangkitan kutu dan cacing serta telah diberi rawatan ubat kutu dan cacing

Pastikan lembu adalah sempurna anggotanya dan tidak cacat serta tidak bantut dari segi pertumbuhan badan

Sumber ladang atau gerompok ternakan dari mana lembu diperolehi perlu dipastikan mempunyai sijil perakuan bebas penyakit dari Jabatan Perkhidmatan Haiwan

Lembu-lembu yang dipilih untuk penternkan fidlot perlu dipastikan sihat, bebas jangkitan kutu dan cacing serta tidak cacat

4.0 PENGURUSAN

Pengurusan yang cekap dan sistematik adalah adalah penting bagi menjamin kesihatan ternakan, peningkatan berat badan harian yang maksimum, kawalan kos operasi yang minimum serta keuntungan yang optimum.

4.1 Pengurusan Personel

Kebanyakan pengusaha atau pemilik fidlot tidak melakukan pengurusan ternakan secara langsung, sebaliknya menggaji tenaga pekerja yang diperlukan. Oleh yang demikian, pengurusan personel adalah mustahak

Pengurusan personel merangkumi aktiviti-aktiviti berikut:

i.






ii.
Menentukan bilangan pekerja diperlukan tertakluk kepada bilangan lembu, saiz dan jenis operasi fidlot yang diusahakan. Kadar pekerja yang cekap dan optimum berbanding bilangan lembu dan jenis operasi fidlot adalah seperti berikut:

a. Operasi fidlot secara manual = 1 orang pekerja untuk 200 ekor
b. Operasi fidlot secara mekanikal = 1 orang pekerja untuk 400 ekor

Jadual bertugas atau jadual kerja harian perlu disediakan untuk kemudahan rujukan pekerja supaya penyelenggaraan operasi dan pengurusan harian lebih mudah dan cekap.


4.2 Pengurusan Ternakan

Lembu fidlot khususnya baka import perlu dimandikan sekurang-kurangnya satu kali sehari untuk mengurangkan bebanan haba (heat stress). Tindakan ini didapati membantu meningkatkan selera pemakanan (feed intake) yang menentukan peningkatan berat badan harian yang tinggi.

Pemerhatian dan pemeriksaan secara rawak perlu dilakukan dari masa kesemasa bagi mempastikan keselesaan, kesihatan, pemakanan dan prestasi peningkatan berat badan ternakan.

Seeloknya setiap ternakan ditimbang pada minggu pertama kemasukan bagi merekod berat awal, bulan pertama atau kedua tempoh pemeliharaan bagi merekod peningkatan berat badan dan minggu terakhir tempoh pemeliharaan bagi merkod berat akhir sebelum jualan.


Pengurusan lembu fidlot yang cekap menjamin kejayaan dan keuntungan pengusaha

4.3 Pengurusan Kandang

Kandang fidlot perlu diselia dengan sempurna termasuk penjagaan kebersihan harian, penyelenggaraan peralatan dan kemudahan infrastruktur. Kandang perlu dibersihkan sekurang-kurangnya satu kali sehari, seelok-eloknya disebelah pagi.

Kandang yang kotor dan dipenuhi najis akan memudahkan jangkitan penyakit kepada lembu fidlot dalam kurungan sepeti penyakit pernafasan dan radang paru-paru , kembong atau direa dan masalah kuku.

4.4 Pengurusan Pemakanan

Pengurusan pemakanan lembu fidlot sangat kritikal kerana ianya merupakan faktor utama yang mempengaruhi peningkatan berat badan harian (daily weight gain). Ini seterusnya akan menentukan samada projek ternakan fidlot yang diusahakan memberi keuntungan atau kerugian,.

Lembu fidlot perlu diberi makanan antara 4-6 kg seekor sehari pada peringkat permulaan pemeliharaan (berat badan antara 200-250 kg.), sehingga mencapai 8-10 kg seekor sehari pada peringkat akhir pemeliharaan ( berat badan antara 350-400 kg). Bagaimanapun, kiraan kadar pemberian makanan adalah juga tertakluk kepada jenis makanan , seperti 100% PKC sahaja atau campuran PKC dan rumput atau lain-lain jenis bahan hasilan pertanian.

Jadual pemberian makanan perlu tetap, iaitu 2 kali sehari. Pemberian makanan pertama seeloknya awal pagi, antara jam 7 pagi dan selewatnya jam 9 pagi. Pemberian makanan kedua pula seeloknya selepas 6 jam berikutnya, iaitu antara jam 1 petang dan selewatnya-lewatnya jam 3 petang.

Lembu fidlot juga perlu disediakan garam jilatan (mineral block) yang mencukupi sepanjang masa sebagai bekalan tambahan keperluan mineral. Bekalan air minuman yang bersih dan mencukupi perlu sentiasa tersedia.

Lembu Fidlot perlu diberi makanan berkualiti yang secukupnya secara cekap dan ekonomik

4.5 Pengurusan Kenderaan

Kenderaan seperti lori yang sesuai untuk mengangkut ternakan, makanan dan peralatan ladang perlu diselenggara dengan baik. Sekurang-kurangnya ladang fidlot perlu mempunyai sebuah lori, minimum 3 tan atau mendapatkan khidmat lori sewa yang murah.


4.6 Pengurusan Rekod

Pengurusan rekod adalah penting untuk memudahkan penilaian projek fidlot yang diusahakan, seperti menilai prestasi peningkatan berat badan harian, jumlah makanan yang dimakan, kos pemakanan, kos ubat-ubatan, kos penyelenggaraan dan kos operasi fidlot berbanding keuntungan-kerugian.

Rekod-rekod berikut adalah penting dalam pengurusan lembu fidlot:

i. Rekod pembelian lembu 'feeder'
ii Rekod pemberian makanan harian
iii Rekod peningkatan berat badan harian
iv Rekod kesihatan dan kematian
v Rekod pemasaran/jualan lembu fidlot
vi Rekoid personel
vii Rekod kewangan

PELUANG PELABURAN SECARA KOPERASI. Pihak Eastana Farm Industries Sdn Bhd (706301-V) dengan usahasama Koperasi Usahawan Malaysia Berhad (KUMB) memperlawa anda untuk menjadi rakan pengusaha Program Usahawan Ternakan(PUT). Konsep Pinjaman Pelaburan Penternakan lembu mengguna pakai konsep pajakan PAWAH dan pembahagian keuntungan secara Mudharabah.

  • Pulangan Keuntungan Penternakan lembu dibayar secara Bulanan atau Tahunan (pilih).
  • Minimun Pinjaman Modal Penternakan lembu RM 3,000.
  • Ikatan Tempoh Pinjaman Penternakan lembu adalah selama 3 Tahun.
  • Jangkaan Keuntungan Penternakan lembu adalah sehingga 12% sebulan dari Nilai Pinjaman Modal Penternakan lembu selama 36 bulan.
  • Pinjaman Modal Penternakan lembu akan dipulangkan selepas tamat kontrak 3 tahun dengan nilai mengikut pasaran semasa.
  • Tambahan Pinjaman Modal Penternakan lembu boleh dibuat pada bila-bila masa dalam gandaan RM1,000.
  • Bonus Tambahan Insentive sehingga 3% akan diberikan kepada ahli yang ingin berkongsi maklumat dan menubuhkan rangkaian penternakan lembu.
  • Layari laman maklumat dan syarikat untuk keterangan lanjut penternakan.
CARA-CARA PENYERTAAN:

1. Syarat terkini anda perlu menjadi ahli KUMB terlebih dahulu dengan membuat pelaburan pokok RM 1,ooo.

2.Masuk ke laman Permohonan secara Online.
  • Taipkan ID Pengenal 205588145 dan tekan search.
  • Isikan semua butir-butir yang dikehendaki terutama yang wajib bertanda *.
  • Semak dan tekan butang submit.
  • Anda akan diberi User ID dan Password untuk mengaktifkan akaun anda.
  • Catatkan user ID dan Password dan tekan OK.
3.Muat turun borang Ahli Koperasi KUMB.

  • Isikan semua maklumat. Individu tidak perlu mengisi butir- butir syarikat.
  • Isikan tarikh dan tandatangan.
  • Kosongkan ruang Pencadang & Penyokong.
4. Muat turun borang Ikrar.
  • Turunkan tandatangan.
  • Ikut Nota:
  • Sertakan 2 x gambar ukuran pasport.
  • 2 x salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Pendaftaran Syarikat (jika berkaitan)
  • Salinan Form 49 (jika berkaitan)
5. Muat turun borang Pinjaman/Pelaburan.

  • Isikan semua butir-butir.
  • Min Pinjaman adalah RM 3,000 dan gandaan RM1,000.
  • Isikan Nama Pencadang: ZAINUDIN BIN AHMAD.
  • ID Pengenal : 205588145.
6. Muat turun borang Bayar.
  • Buat bayaran menggunakan Bank Draf/Bank Cek. atas nama KOPERASI USAHAWAN MALAYSIA BERHAD.
  • ID Pengenal : 205588145
  • Nama Pengenal: ZAINUDIN BIN AHMAD
7.Buat salinan dan pos/hantarkan ke:

  • EASTANA FARM INDUSTRIES SDN BHD
  • 47-1 Jalan TKS 7
  • Taman Komersial Senawang
  • 70450 SENAWANG Negeri Sembilan
Pihak Eastana Farm akan membuat pendaftaran setelah borang ASAL diterima.
Anda akan dihubungi oleh pihak Eastana Farm melalui SMS dan panggilan tel berhubung permohonan anda dan pengesahan no ID untuk diaktifkan dalam masa terdekat.

Anda adalah digalakkan untuk berkongsi maklumat kepada rakan-rakan mengenai program penternakan lembu ini. Usaha anda akan diberi ganjaran 3% dari Modal Pinjaman Pelaburan penternakan lembu rakan-rakan anda. Sila layari dan teliti laman maklumat.

BERTINDAK SEGERA SECARA BIJAK!

Isnin, 16 Jun 2008

Jabatan Perkhidmatan Haiwan KL


GARIS PANDUAN AMALAN PENTERNAKAN FIDLOT YANG BAIK

PENGENALAN
Amalan Baik Penternakan Fidlot (CAHP Fidlot) ini disediakan sebagai garis panduan kepada pengusaha dan penternak fidlot untuk mengusaha dan mengurus ladang ternakan fidlot secara sistematik dan berkualiti.
Konsep pengamalan yang menerapkan program kepastian kualiti (QAP) dalam amalan penternakan fidlot yang baik diharap dapat membantu pengusaha dan penternak fidlot mengekal dan mengeluarkan ternakan fidlot yang berkualiti bermula daripada peringkat awal penubuhan ladang fidlot, pemilihan dan pembelian ternakan (feeder), pemeliharaan sehingga kepada pemasaran dan penjualan ternakan fidlot.
Pengusaha dan penternak fidlot yang telah memenuhi semua keperluan dan pengamalan CAHP yang dinyatakan adalah layak untuk diberikan perakuan dan Sijil Akreditasi CAHP.
Perakuan JPH dan penganugerahan Sijil Akreditasi CAHP akan memberikan kredit kepada ladang-ladang fidlot yang berkenaan khususnya membantu pemasaran bukan sahaja di pasaran tempatan bahkan juga untuk pengeksportan.

1. LOKASI LADANG

a) Ladang fidlot terletak sekurangnya 0.5km radius dari kawasan perumahan atau perindustrian serta bebas daripada pencemaran.
b) Pelan lokasi dan susunatur (lay out plan) ladang disediakan dan mudah dirujuk.

2. KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR

2.1 Kandang Ternakan
a) Ternakan dipelihara dalam kandang yang mencukupi selesa.
b) Ruang kandang sekurang-kurangnya 20-25 kaki persegi seekor lembu.
c) Tinggi kandang sekurang-kurangnya 10-15 kaki dari lantai ke bumbung bagi menyediakan sistem pengudaraan yang baik.
d) Kandang diperbuat daripada bahan yang tahan lama, tidak berkarat serta mudah dicuci.
e) Rekabentuk kandang memberikan keselesaan pengudaraan yang baik bagi menjamin kebajikan produktiviti ternakan.
f) Kandang mempunyai sistem saliran dan peparitan yang dan berfungsi dengan sempurna.
g) Kandang mempunyai palung makanan dan air minuman yang mencukupi dengan ukuran mengikut spesifikasi JPH.
h) Kandang dilengkapi dengan bekalan letrik dan air serta kemudahan celung (travis) dan alat penimbang.

2.2 Pagar Perimeter dan Pintu Utama
a) Ladang dilingkungi dengan pagar perimeter yang mempur hanya satu pintu masuk utama bagi tujuan biosekuriti.
b) Vehicle dipo dibina di pintu masuk utama untuk ujian disinfeksi kenderaan yang masuk-keluar ladang.

2.3 Kemudahan Jalan
Ladang mempunyai kemudahan jalan masuk dan sentiasa dalam keadaan baik.

2.4 Tempat Pemunggahan Ternakan
Ladang mempunyai tempat pemunggahan ternakan (loading ramp) dan sentiasa dalam keadaan baik dan selamat digunakan.

2.5 Stor Makanan, Peralatan, Ubatan & Bahan Kimia
a) Ladang mempunyai stor penyimpanan makanan, peralatan, ubatan veterinar dan bahan kimia yang dibina berasingan.
b) Stor berbumbung, berdinding, berlantai serta kalis roden dan serangga (insect and rodent proof).
c) Stor dibina dengan sistem pengudaraan yang baik dan memuaskan.
d) Kampit atau guni makanan (scperti PKC) disimpan teratur di atas pallet papan atau kayu beluti di dalam stor makanan.
e) Ubatan veterinar disimpan dalam kabinet khas yang berkunci dan terkawal di dalam stor ubat.
f) Stor bahan kimia dibina berjauhan dari kandang ternakan dan stor makanan dan ubatan.

2.6 Celung dan Alat Menimbang Ternakan
Ladang dilengkapi dengan celung (travis) dan alat menimbang ternakan dan sentiasa dalam keadaan baik dan selamat digunakan.

2.7 Kuarters Pekerja
a) Ladang mempunyai kuarters untuk pekerja yang dibina dalam kawasan ladang.
b) Kuarters dilengkapi dengan kemudahan asas seperti bekalan air, letrik dan selesa untuk didiami.

2.8 Bekalan Letrik dan Air
a) Ladang mempunyai bekalan letrik dan air 'potable' yang baik dan konsisten bekalannya.
-b) Bekalan air sekiranya diperolehi dari sumber air perigi atai sungai dirawat dan dipastikan tidak tercemar oleh bahai kimia, logam berat atau sisa buangan perindustrian.

3. PENGURUSAN TERNAKAN

3.1 Bekalan Lembu Feeder
a) Sumber bekalan lembu feeder diperolehi daripada pembeka (samada ladang atau gerompok ternakan) yang telaf diperakui bebas penyakit oleh JPH.
b) Kumpulan lembu feeder yang dibeli perlu mempunyai siji kesihatan dan dokumen perjalanan yang lengkap.

3.2 Pengurusan Ternakan Baru Tiba
a) Ternakan yang baru tiba di ladang diperiksa untuk kepastian bebas jangkitan penyakit, infestasi kutu, tidak cacat serta mempunyai keseragaman badan.
b) Ternakan yang baru tiba ditimbang untuk rekod berat awal dan diasingkan mengikut kumpulan berat badan yang sama.
c) Ternakan yang baru tiba dipastikan mendapat air minuman yang mencukupi dan telah dibancuh ubat 'anti-stress" untuk mengurangkan tekanan (stress).

3.3 Pengurusan Ternakan Semasa Pemeliharaan
a) Ternakan diberi makanan bermutu yang secukupnya pada kadar 3.0% berat kering daripada berat badan ternakan.
b) Ternakan diberi air minuman yang bersih dan mineral yang cukup.
c) Ternakan seeloknya dimandikan sekurang-kurangnya 1 kali sehari.
d) Ternakan ditimbang pada peringkat pertengahan dan akhir tempoh pemeliharaan untuk rekod peningkatan berat badan.
e) Ternakan yang bantut atau sakit perlu diasing singkir untuk mengelakkan kerugian.

3.4 Pengurusan Ternakan Sebelum Pemasaran/Jualan
a) Ternakan ditimbang apabila cukup tempoh pemeliharaan untuk rekod berat akhir atau berat jualan.
b) Ternakan dijalankan pemeriksaan kesihatan dan dipastikan tidak diberi rawatan antibiotik sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh jualan.

4. PENGURUSAN MAKANAN

4.1 Bekalan Makanan
a) Bekalan makanan ternakan (seperti PKC atau hasil buangan pertanian seperti hampas soya, hampas sagu, hampas barli atau hampas nenas) diperolehi danpada sumber (kilang atau ladang pertanian) yang diperakui oleh pihak berkuasa veterinar.
b) Pemeriksaan kualiti dijalankan pada makanan yang baru diterima dan dipantau dari masa ke semasa.
c) Sekiranya perlu, contoh makanan diambil secara rawak untuk dijalankan ujian kualiti dan aflatoksin di makmal yang berdaftar dengan pihak berkuasa veterinar.

4.2 Penyimpanan Makanan
a) Makanan ternakan disimpan dalam stor makanan (rujuk 2.5).
b) Makanan ternakan sentiasa dipantau dan dipastikan tidak terdedah kepada pencemaran (air, minyak atau bahan kimia) dan hurungan serangga, lalat, burung, kelawar, ulat atau kulat sepanjang tempoh simpanan.

4.3 Pemberian Makanan
a) Ternakan diberi makan mengikut jadual yang tetap (contoh kali sehari: sebelah pagi dan petang) pada kadar 3.0% berat kering daripada berat badan ternakan.
b) Palung makanan dipastikan mencukupi mengikut bilar ternakan dipelihara dan ruang palung makanan meng spesifikasi ukuran JPH (rujuk manual penternakan fidlot).
c) Palung makanan dicuci sebelum dan selepas memberi makanan. Makanan yang tidak habis dimakan dipastikan dibuang pada hari yang sama.

5. PENGURUSAN AIR MINUMAN
5.1 Bekalan Air Minuman
a) Bekalan air minuman diperolehi daripada sumber air 'bersih samada oleh pihak berkuasa JBA atau sumber bawah tanah (air telaga atau sungai).
b) Pemeriksaan kualiti dan kandungan klorin air minun dijalankan dan dipantau dari masa ke semasa untuk jamlah kualiti dan keselamatan ternakan.

5.2 Pemberian Air Minuman
a) Air minuman dipastikan sentiasa ada dalam palung minurr dan mencukupi untuk semua ternakan sepanjang temp pemeliharaan.
b) Palung air minuman dipastikan sentiasa bersih sepanjang masa dan ukuran palung air minuman mengikut spesifik; ukuran JPH (rujuk manual penternakan fidlot).

6. PENGURUSAN UBATAN VETERINAR
a) Semua ubatan veterinar disimpan dalam kabinet ubat yang khas di dalam stor ubat serta dikawalselia dengan rapi.
b) Penggunaan ubat untuk rawatan dilakukan dan dikawalselia oleh doktor veterinar berdaftar atau oleh pihak pengurusan ladang yang telah dikenalpasti.

7. PENGURUSAN PERSONEL

7.1 Pemeriksaan Kesihatan
a) Setiap personel yang berkerja di ladang fidlot menjalani pemeriksaan kesihatan untuk kepastian bebas jangkitan penyakit berjangkit dan zoonotik.
b) Suntikan pelalian atau vaksinast terhadap penyakit tertentu seperti TB diberikan kepada personel, sekiranya perlu tertakluk kepada status kesihatan mereka.

7.2 Latihan Teknikal dan GAHP
a) Setiap personel menerima latihan teknikal pemeliharaan dan pengurusan ternakan fidlot.
b) Setiap personel juga diberi kursus CAHP mengenai amalan penternakan fidlot yang baik berdasarkan garispanduan GAHP yang tersedia.

7.3 Senarai Tugas dan Tanggungjawab
Senarai tugas harian dan tanggungjawab setiap personel
disediakan dan mudah dirujuk.
7.4 Kelengkapan Kerja Ladang
Setiap personel disediakan kelengkapan kerja ladang yang lengkap seperti pakaian kerja dan boot yang sesuai.


7.5 Pendaftaran Pekerja Luar atau Pekerja Import
Pekerja iadang yang dibawa atau diimport dari luar negara adatah berdaftar dan mempunyai surat kelulusan atau permit kerja daripada Jabatan Pendaftaran Negara.

8. PENGURUSAN KANDANG
8.1 Penjagaan Kandang
a) Kandang ternakan sentiasa dijaga dan diselenggara supaya berada dalam keadaan baik dan selamat kepada pekerja dan ternakan.
b) Sebarang kerosakan kandang dibaik pulih dengan segera.
8.2 Kebersihan Kandang
a) Prosedur mencuci kandang disediakan secara dokumen dan mudah dirujuk.
b) Kandang dicuci dengan air menggunakan 'jet spray' mengikut jadual yang ditetapkan setiap hari.
c) Disinfektan digunakan untuk mencuci kandang setelah ternakan habis dijual sekurang-kurangnya 7 hari sebelum kumpulan ternakan baru dimasukkan ke dalam kandang yang sama.
d) Penggunaan disinfektan adalah daripada bahan yang dibenarkan oleh pihak berkuasa veterinar seperti lysol, lindores, omnicide dan mefarol.

9. PENGURUSAN SISA BUANGAN
9.1 Sistem Saliran dan Peparitan
Najis dan air cucian kandang disalirkan menerusi sistem peparitan yang dibina dengan sempurna dan berfungsi dengan cekap.

9.2 Kolam Efluen
a) Kolam efluen 3 peringkat untuk pengolahan sisa buangan (air kumbahan) dari kandang fidlot disediakan dan dikawalselia dengan sempurna serta berfungsi dengan cekap.
b) BOO air kumbahan dalam kolam efluen peringkat ketiga dipastikan kurang daripada 50 ppm sebelum disalirkan keluar ke parit atau sungai yang berhampiran.

9.3 Perlupusan Bahan Solid
Pengurusan bahan solid seperti karkas atau bangkai ternakan yang mati dilupuskan dengan segera mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak berkuasa veterinar.

10. KAWALAN MAKHLUK PEROSAK

a) Program kawalan makhluk perosak disediakan secara dokumen dan dijalankan secara berterusan.
b) Dokumen program kawalan makhluk perosak tersedia di ladang dan mudah dirujuk untuk tujuan pemeriksaan audit.

11. BIOSEKURITI
a) Pergerakan masuk-keluar kenderaan, ternakan dan individu ke/dari ladang fidlot dikawalselia dengan tegas.
b) Hanya 1 pintu masuk utama disediakan dan setiap pergerakan kenderaan dan individu yang masuk-keluar ladang perlu melalui Vehicle dip' dan 'foot bath' yang disediakan.
c) Setiap pergerakan kenderaan dan individu yang masuk-keluar ladang direkod.

12. PENGURUSAN REKOD

12.1 Rekod Stok Ternakan
Rekod stok ternakan termasuk bilangan semasa ternakan dalam ladang, pembelian "feeder" dan jualan "finisher" serta bilangan ternakan yang sakit dan mati disediakan dan kemaskini.
12.2 Rekod Stok Makanan
Rekod stok makanan termasuk jumlah pembelian dan pemberian makanan serta jumlah stok makanan semasa disediakan dan kemaskini.
12.3 Rekod Stok Ubatan Veterinar dan Bahan Kimia
Rekod stok ubatan veterinar dan bahan kimia (inventori) disediakan dan kemaskini.
12.4 Rekod Berat Ternakan
Rekod berat ternakan termasuk berat awal "feeder", kenaikan berat badan harian (ADO dan berat akhir "finisher" sebelum jualan/ pemasaran disediakan dan kemaskini.
12.5 Rekod Personel
Rekod untuk setiap personel/pekerja di ladang disediakan dan kemaskini.
12.6 Rekod Kenderaan dan Jentera
Rekod kenderaan termasuk pembelian kenderaan baru, baik pulih kenderaan, penggunaan minyak/bahan api dan hapuskira kenderaan disediakan dan kemaskini.
12.7 Rekod Kewangan (Cash Flow)
Rekod kewangan yang lengkap termasuk kos input dan operas!/ kos pengeluaran, pendapatan kasar, keuntungan atau kerugiar bersih disediakan, kemaskini dan diaudit dari masa ke semasa.

13. SISTEM AKREDITASI CAHP

13.1 Pemeriksaan Ladang Untuk Akreditasi
Pemeriksaan iadang fidlot untuk perakuan akreditasi CAHF dijalankan oleh pegawai Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri yang berkenaan.

13.2 Penganugerahan Sijil CAHP
Sijii Akreditasi CAHP kepada ladang fidlot yang telah memenuhi semua syarat dan keperluan pengamalan GAHP Iadang fidlot dianugerahkan oleh pihak Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Haiwan Kuala Lumpur.

13.3 Pemeriksaan Audit Pengamalan GAHP
a) Pemeriksaan audit pengamalan CAHP ke atas ladang fidlot yang telah mendapat perakuan dijalankan oleh pegawai Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Haiwan Kuala Lumpur.
b) Pemeriksaan audit pengamalan CAHP dijalankan sekurang-kurangnya 1 kali setahun.

14. PERTANYAAN DAN PERMOHONAN
Sila hubungi mana-mana Jabatan Perkhidmatan Haiwan di seluruh negara bagi sebarang pertanyaan atau permohonan.





Keuntungan Pelaburan Penternakan lembu yang dibayar pada bulan Jun ini adalah sebanyak 11% !
Pembayaran insentive adalah antara 1% sehingga 3%.

Produk Daging Segar


‘Daging segar’ produk yang mengutamakan kebersihan

SEREMBAN 19 Mac – Sebuah syarikat milik penuh bumiputera, Farm Fresh Industries (Farm Fresh) yang terlibat dalam pengedaran daging segar memperkenalkan konsep kedai butik di bawah jenama ‘Daging Segar’ bagi mempromosi produk daging itu ke seluruh negara.

Pengarahnya, A. Halim A. Rahman berkata, konsep rangkaian pemasaran itu akan dilaksanakan melalui kaedah perkongsian pintar yang diwujudkan syarikat berkenaan melalui Program Usahawan Ternakan (PUT).

‘‘Kaedah ini telah diperkenalkan sejak hujung tahun lalu dan menerima sambutan amat menggalakkan daripada usahawan ternakan. Kita bercadang untuk membuka 50 lagi rangkaian kedai runcit sebegini untuk memasarkan daging segar di seluruh negara,” katanya di sini hari ini.

Menurut A. Halim, PUT merupakan inisiatif syarikat itu untuk membantu usahawan ternakan, terutama lembu dalam meningkatkan pendapatan mereka.

‘‘Hasil daripada sambutan yang memberangsangkan itu, syarikat sudah menetapkan sasaran untuk membuka lebih banyak cawangan butik Daging Segar di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak melalui konsep perkongsian pintar ini,” katanya.

Daging Segar merupakan jenama bagi rangkaian jualan daging mentah segar dan pelbagai produk berasaskan daging yang dilancarkan Farm Fresh melalui konsep moden, berhawa dingin dan bersih bagi memenuhi permintaan pelanggan yang mementingkan keselesaan dan kebersihan.

Syarikat yang semakin berkembang itu turut melaksanakan sistem kontrak ladang di seluruh negara dan negara jiran untuk memenuhi permintaan terhadap bekalan daging segar dan pelbagai produk berasaskan daging dari dalam dan luar negara.

Melalui PUT, A. Halim berkata, syarikat berkenaan berjaya memasarkan lebih 2,000 ternakan dalam tempoh kira-kira dua bulan dengan membekalkannya kepada ladang kontrak di dalam dan luar negara dan menjangka jumlah itu akan meningkat sehingga 5,000 ekor menjelang pertengahan tahun ini.

‘‘Semua ternakan itu ditempatkan di ladang ternakan di dalam dan luar negara untuk diternak secara ladang kontrak. Kami yakin usaha ini akan dapat membantu negara mengurangkan penggantungan terhadap daging import, sekali gus mengelak aliran keluar wang ke negara luar yang mencecah berbilion ringgit,” katanya.

IKLAN@UTUSAN

Berita Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi


EPI Meterai Perjanjian Usahasama
dengan KUMB


SEREMBAN, 18 April (Bernama) -- Syarikat milik penuh Bumiputera yang bergiat cergas dalam pelbagai projek pertanian di dalam dan luar negara, Eastana Farm Industries Sdn Bhd (EFI), memeterai perjanjian usaha sama dengan Koperasi Usahawan Malaysia Bhd (KUMB) untuk membangunkan sektor penternakan dan industri asas ternak bagi memenuhi permintaan pasaran.

Perjanjian usaha sama projek pertanian itu yang dimeterai di Kuala Lumpur, baru-baru ini akan membolehkan KUMB dan EFI berkongsi kepakaran teknologi dan jaringan dagangan bagi memperkembangkan perniagaan dan merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan sektor pertanian sebagai perniagaan lumayan.

EFI mengusahakan projek penternakan, pemasaran dan pemprosesan hasil ternakan, khususnya lembu serta mengendalikan kedai runcit daging segar berkonsep butik dengan jenama "Daging Segar" melalui anak syarikatnya, Farm Fresh Industries Sdn Bhd di Seremban.

Ketua Pegawai Eksekutif EFI Syed Shareezally Syed Aualadali berkata usaha sama itu mewujudkan situasi menang-menang kepada kedua-dua pihak kerana KUMB mempunyai jaringan dagangan luas, sekali gus dapat membantu EFI menembusi pasaran lebih besar.

"Kami pula akan menyalurkan segala kepakaran, rangkaian perniagaan dan teknologi untuk menjayakan hasrat KUMB dalam misinya membangunkan lebih ramai usahawan dalam bidang penternakan, pemprosesan daging serta hasil ternakan," katanya kepada pemberita di sini hari Jumaat.

Katanya antara inisiatif melalui usaha sama itu ialah mewujudkan program kerjasama pintar bagi menyokong sasaran penubuhan lebih 50 kedai butik Daging Segar di seluruh negara pada tahun ini dengan keutamaan penyertaan kepada ahli koperasi berkenaan.

Katanya KUMB dan EFI juga akan melancarkan Program Usahawan Ternakan (PUT) dan Sistem Perladangan Kontrak Ternakan Fidlot yang membabitkan pelantikan pengusaha terpilih untuk menternak lembu secara sistem pawah.

"Langkah ini bagi memenuhi permintaan pasaran yang tinggi terhadap daging lembu, sedangkan bekalan sedia ada jauh daripada mencukupi. Lembu yang diternak melalui sistem ini juga untuk bekalan kepada rangkaian outlet Butik Daging Segar yang disasarkan dibuka dengan anggaran keperluan pada purata 5,000 ekor setiap bulan," katanya.

Syed Shareezally berkata gabungan KUMB bersama EFI dan Farm Fresh Industries adalah usaha sama strategik bagi menampung keperluan daging mentah negara dan mengurangkan kebergantungan kepada daging import yang mencecah nilai berbilion ringgit setiap tahun.

Katanya potensi industri penternakan lembu amat tinggi kerana bekalan daging sedia ada tidak mampu menampung permintaan, menyebabkan syarikat berkenaan turut mengusahakan sistem perladangan kontrak di beberapa negara luar.

"Bagi membantu hasrat kerajaan meningkatkan pengeluaran bekalan, kami melaksanakan sistem perladangan kontrak dengan urus niaga setakat ini membabitkan hampir 10,000 ekor lembu yang diternak secara pawah dan ditempatkan di ladang kontrak di dalam dan luar negara," katanya.

-- BERNAMA

Berita Suruhanjaya Koperasi Malaysia


SEREMBAN 17 April - Syarikat Eastana Farm Industries Sdn. Bhd. (EFI) memeterai satu perjanjian usaha sama dengan Koperasi Usahawan Melayu Berhad (KUMB) di Kuala Lumpur baru-baru ini bagi meningkatkan hasil penternakan dan industri asas ternak di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif EFI, Syed Shareezally Syed Aualadali berkata, perjanjian usaha sama itu akan menguntungkan EFI dan KUMB kerana kedua-dua pihak boleh berkongsi kepakaran teknologi dan jaringan dagangan.

''Kedua-dua pihak optimis langkah ini akan membantu mengembangkan rangkaian perniagaan dan meluaskan pasaran produk EFI kerana KUMB memiliki jaringan dagangan yang besar.

''EFI pula akan memainkan peranan dengan menyumbang kepakaran, rangkaian perniagaan dan teknologi bagi menyokong misi KUMB untuk melahir dan membangun lebih ramai usahawan dalam bidang penternakan, pemprosesan daging serta hasil ternakan," kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini.

Ujar Syed Shareezally, EFI merupakan sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera yang sedang bergiat secara aktif dalam projek-projek pertanian dalam dan luar negara.

Jelasnya, EFI berkepakaran dalam mengusahakan projek penternakan, pemasaran dan pemprosesan hasil ternakan, terutamanya lembu dan telah bertapak di bandar ini melalui anak syarikatnya, Farm Fresh Industries.

''Di samping itu, EFI turut mengendalikan kedai runcit daging segar berkonsep butik dan memasarkan jenama 'Daging Segar' di bandar ini," kata beliau.

Tambah Syed Shareezally, melalui usaha sama ini, EFI dan KUMB melaksanakan program kerjasama pintar untuk mencapai sasaran penubuhan lebih 50 kedai butik Daging Sedar di seluruh negara tahun ini dan keutamaan akan diberikan kepada ahli-ahli KUMB.

Selain itu, kata beliau, EFI dan KUMB akan melancarkan Program Usahawan Terpilih dan Sistem Perladangan Kontrak Ternakan Fidlot di mana pengusaha-pengusaha yang terpilih akan menternak lembu melalui sistem pawah.

Jelas beliau, usaha itu juga bertujuan untuk menampung permintaan pasaran yang tinggi terhadap daging lembu sekali gus membekalkan keperluan kepada rangkaian butik Daging Segar dengan anggaran keperluan purata 5,000 ekor setiap bulan.

''Kita semua maklum permintaan terhadap daging lembu di pasaran melebihi daripada bekalan dan diharap inisiatif ini dapat menyeimbangkan suasana pasaran," tambah beliau.

Sehubungan itu, Syed Shareezally berharap usaha sama strategik EFI dan KUMB ini akan membantu mengurangkan kebergantungan negara terhadap daging import yang nilainya mencecah berbilion ringgit setiap tahun.

Selasa, 10 Jun 2008

Pelaburan Pertanian & Penternakan Moden

Pada masa orang sibuk dalam urusan harian masing-masing, sebuah syarikat berinovasi tinggi telah mengorak langkah positive dengan gandingan mantap KOPERASI USAHAWAN MALAYSIA BERHAD(KUMB) mewujudkan satu peluang pelaburan penternakan lembu yang boleh di sertai oleh orang perseorangan maupun syarikat dalam PROGRAM USAHAWAN TERNAKAN (PUT). Anda diperlawa untuk menjadi rakan kongsi PUT melalui syarikat EASTANA FARM INDUSTRIES SDN BHD(706301-V). Sila ke laman utama.