1.0 PENGENALAN "Manual Penternakan Lembu Fidlot" ini disediakan sebagai panduan kepada bakal-bakal pengusaha dan penternak yang berhasrat untuk mengusahakan projek pengeluaran lembu pedaging secara sistem fidlot.
Manual ini menyediakan maklumat yang menyeluruh mengenai segala aspek penternakan lembu fidlot secara moden dan sistematik. Walaupun begitu ia tidak bermakna projek ternakan lembu fidlot boleh terus dilaksanakan dengan jayanya hanya dengan membaca dan berpandukan manual ini sahaja.
Mereka yang berminat dan berhasrat untuk mengusahakan bidang usaha ternakan lembu fidlot masih perlu menghubungi mana-mana Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) samada di Negeri atau Daerah yang berdekatan. Khidmat nasihat, latihan intensif serta pendedahan di lapangan, sekiranya perlu akan diusahakan oleh pegawai JPH kepada mereka yang berminat bagi menjamin projek ternakan lembu fidlot yang diusahakan itu benar-benar berdaya maju dan berdaya saing. Disamping itu, pihak pengusaha fidlot juga perlu sentiasa menghubungi JPH secara berterusan dari masa ke semasa sepanjang mengusahakan projek ternakan lembu fidlot.
Dengan terhasilnya "Manual Penternakan Lembu Fidlot" ini, JPH berharap perlaksanaan bidang usaha dan projek fidlot yang diusahakan oleh mana-mana pihak walau dimana jua diusahakan akan menjadi lebih seragam serta dapat memenuhi tahap piawaian kualiti ternakan yang "standard"
1.1 Definasi fidlot
"Penternakan Lembu Fidlot" bermaksud memelihara lembu secara intensif dalam kandang/kurungan untuk tujuan pengeluaran lembu daging melalui peningkatan berat badan dengan memberi makanan yang bermutu, air bersih, mineral dan vitamin yang secukupnya dalam tempoh yang tertentu.
Perlu diperhatikan bukan semua peningkatan berat badan lembu fidlot boleh disamakan dengan pengemukkan. Pengemukan atau peningkatan utama berat badan yang disebabkan deposisi lemak (fat deposition) hanya berlaku pada peringkat umur tertentu dan berkait rapat dengan baka dan formulasi makanan yang diberikan. Sebagai contoh, peningkatan berat badan lembu tempatan (baka KK) yang di fidlot antara umur 12 hingga 16 bulan terdiri daripada peningkatan berat tulang dan daging sahaja. Deposisi lemak adalah terlalu kecil.
Apa yang penting dan perlu diingat ialah bidangusaha fidlot ini hanya untuk memenuhi permintaan sesuatu pasaran terhadap daging lembu dengan mengembeling segala sumber yang terdapat di lokasi berkenaan secara optimum untuk mendapat keuntungan yang maksimum
1.2 Sistem Fidlot
Dua sistem penternakan fidlot yang biasa diusahakan di Malaysia:
i. Sekali masuk - Sekali keluar
Memelihara sekumpulan ternakan sahaja dalam sesuatu masa sehingga tamat tempoh dan mencapai target berat pasaran.Selepas semua ternakan habis dipasarkan (dijual) barulah dimasukkan dan dipelihara kumpulan ternakan berikutnya
ii. Masuk-Keluar Berterusan
Memelihara beberapa kumpulan ternakan secara berperingkat mengikut tempoh tertentu berdasarkan target pasaran bagi setiap kumpulan, Setiap kumpulan ternakan dipelihara dan dipasarkan (dijual) secara berterusan.
1.3 Untung-Rugi Operasi Fidlot
Terdapat empat (4) faktor utama yang akan mempengaruhi untung-rugi bidangusaha fidlot. Faktor berkenaan adalah :-
i. Faktor ternakan
a. Harga belian feeder
b. Harga jualan finisher
c. Keupayaan dan prestasi baka yang digunakan
ii. Faktor makanan (harga)
Harga makanan paling mahal dan mencapai 70% kos pengeluaran. Ini bermakna sebarang kelewatan penjualan akan mengurangkan keuntungan. Market Timing kadangkala amat penting bagi operasi yang berskala besar. Setiap pengusaha perlulah sentiasa sedar akan peluang dan kos yang terlibat dalam setiap projek beroperasi. Adalah sesuai dan amat digalakkan para pengusaha menguasai ilmu pemakanan ruminan, khususnya dalam sistem fidlot ini. Pembaziran makanan juga boleh dielakkan dengan mengunapakai rekabentuk kandang yang standard
2.0 PEMASARAN
Pemasaran lembu fidlot merupakan salah satu aktiviti penting yang menentukan samada sesuatu projek ternakan lembu fidlot itu berdaya maju atau sebaliknya.
Harga jualan lembu fidlot adalah faktor ketiga penting yang akan menentukan samada bidangusaha tersebut menguntungkan atau sebalinya. Pengusaha fidlot yang bijak biasanya telah menentukan dan merancang strategi pemasaran hasil fidlot mereka sebelum memulakan perusahaan. Ini bermakna perusahaan fidlot adalah merupakan aktiviti yang berpandukan pasaran dengan mengunakan segala sumber tempatan yang ada secekap mungkin.
2.1 Jenis-jenis Pemasaran
Terdapat empat kaedah pemasaran utama untuk lembu fidlot:
i. Jualan lembu hidup kepada peraih (butcher)
ii. Jualan lembu hidup untuk aqiqah
iii. Jualan lembu hidup untuk korban
iv. Jualan runcit secara tunai (daging segar)
Pasaran pertama adalah yang terbesar dan perlu dijadikan sasaran utama oleh pengusaha fidlot. Penjualan lembu hidup untuk penyembelihan terus boleh dilaksanakan samada secara terus atau melalui peraih.
Pasaran kedua dan ketiga adalah bermusim dan tertakluk kepada permintaan.
Bagi menjamin kemapanan projek yang diusahakan, pengusaha fidlot perlu merancang strategi pemasaran meliputi kedua-dua kategori pasaran tersebut. Oleh yang demikian, adalah penting untuk menjalankan sistem fidlot berperingkat. Ini bermakna, ternakan lembu fidlot perlu diusahakan samada dalam 2 atau 3 peringkat kumpulan.
Jadual 1 menunjukkan contoh strategi pemsaran bagi pemasaran bagi operasi fidlot 3 peringkat untuk tempoh pengemukan 4 bulan (120 hari) pada kadar peningkatan berat badan harian 1kg/hari:
Kumpulan@ Peringkat | Bulan Ternakan Masuk | Berat Masuk (kg) | Peningkatan Berat Badan harian (Kg/hari) | Target Berat Jualan (kg) | Target Juala(bulan) |
Pertama | Ogos | 230-260 kg | 1.0 kg/hari | 350-380 kg | Hari Raya Aidil Fitri |
Kedua | Oktober | 180-230 kg | 1.0kg/hari | 300-350 kg | Hari Raya Korban (Februari) |
Ketiga | Sepanjang masa | 230-260 kg | 1.0kg/hari | 350-380 kg | Jualan hidup/daging segar (Jan-Dis) |
2.2 Networking
Bagi mereka yang baru memulakan projek kerap berlaku masalah pemasaran disebabkan bidangusaha mereka belum diketahui oleh pembeli dan peraih. Berlaku juga dalam keadaan tersebut dimana pengusaha menghadapi masalah menetapkan harga jualan hasil mereka dan penjualan dibawah harga pasaran ini merugikan pengusaha. Kejadian sedemikian boleh menampakkan bidangusaha ini tidak berdaya maju seperti yang dimaklumkan.
Bagi mengatasi keadaan ini adalah dicadangkan supaya pengusaha baru mempromosikan bidangusaha fidlot mereka serta berganding bahu dan sentiasa berhubung dengan pengusaha-pengusaha yang sediada.
Dengan mengamalkan networking sedemikian. pemasaran lembu fidlot akan menjadi lebih lancar dan terjamin. jaringan pemasaran ini juga boleh digunakan oleh pengusaha bagi mendapatkan bekalan lembu-lembu feeder dan juga harga makanan yang baik.
2.3 Penjualan Secara Tunai
Bidangusaha fidlot boleh rugi dan akhirnya terpaksa ditutup apabila terlalu banyak menanggung hutang. Hutang yang besar disebabkan aktiviti penjualan yang dibuat secara kredit. Usaha memungut hutang adalah merupakan satu usaha yang amat sukar dan melibatkan kos tertentu. Mereka yang berjaya hanya menjualkan hasil fidlot secara tunai.
|
Pengusaha fidlot yang berjaya memasarkan hasil mereka terus kepada pelanggan secara jualan tunai. |
Kebanyakkan pengusaha fidlot berskala sederhana juga menjalankan aktiviti jualan runcit daging lembu fidlot mereka di pasar-pasar tempatan, pasar malam atau pasar tani. Aktiviti ini dijalankan bagi memastikan pemasaran dipelbagai dan penjualan hasil fidlot berjalan dengan lancar disamping meningkatkan pendapatan.
Adalah dianggarkan sebanyak sebanyak RM 150.00 pendapatan tambahan boleh diperolehi melalui penjualan runcit daging bagi setiap ekor lembu fidlot. Terdapat juga pengusaha fidlot yang membuat rangkaian pemasaran melalui pasar-pasar tani dan pasar malam dengan melibatkan beberapa pekerja dan kenderaan pengangkutan khas.
Semua usaha ini adalah untuk mempelbagaikan aktiviti penjualan lembu fidlot sebagai menjamin pemasaran yang berterusan dan seterusnya menjamin bidangusaha projek ternakan lembu fidlot berdaya maju dan mapan.
3.0 PEMILIHAN TERNAKAN
3.1 Asas Pemilihan
Pemilihan ternakan untuk fidlot perlu berasaskan kepada keperluan pasaran. Faktor-faktor yang mempengaruhi termasuklah:
i. Permintaan . keperluan pasaran
ii. Penetapan berat awal
iii. Peningkatan berat badan
iv. Target berat akhir atau berat jualan
3.2 Baka dan Jantina
Terdapat tiga jenis baka lembu yang boleh dipilih untuk penternakan fidlot yang boleh mengadaptasi cuaca tempatan dan mempunyai ciri-ciri tumbesaran yang baik seperti :
i. Baka import
Contoh : lembu Brahman, Droughmaster, Sahiwal-Fresien dan Nellore.
ii. Kacukan baka tempatan dengan baka import
Contoh : Kacukan KK x Brahman dan KK x Nellore
iii. Baka tempatan Kedah-Kelantan (KK)*
* Lembu baka tempatan KK bagaimanapun memberikan peningkatan berat badan (ADG) yang lebih rendah berbanding baka import atau kacukan. Jantina lembu yang sesuai untuk fidlot adalah jantan bagaimanapun lembu-lembu betina dewasa yang ditakai juga terbukti memberikan pulangan yang baik.
3.3 Umur dan Berat Badan
Lembu yang dipilih untuk penternakan fidlot perlu dipastikan memenuhi kriteria-kriteria berikut:
i. Umur antara satu hingga satu setengah tahun
ii. Berat awal antara 200-250 kg (baka import atau kacukan) dan 150-200 kg (baka tempatan atau KK), Bagaimanapun, penentuan berat awal tertakluk kepada perancangan tempoh pemeliharaan dan target pemasaran (berat akhir atau berat jualan yang dikehendaki)
Jadual 2 menunjukkan contoh penentuan pemilihan lembu fidlot (feeder) berdasarkan berat awal, peningkatan barat badan harian dan target berat akhir (berat jualan)
Berat Awal | Peningkatan Berat Badan Harian (kg/hari) | Tempoh Pemeliharaan (hari) | Berat Akhir (kg) |
200 | 1.0 | 120 | 320 |
230 | 1.0 | 120 | 350 |
3.4 Status Kesihatan
Lembu yang dipilih untuk penternakan fidlot mestilah diperolehi dari sumber atau gerompok ternakan yang sihat dan disahkan bebas dari jangkitan penyakit oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan.
Perkara-perkara berikut perlu diambil perhatian utama:
i. ii.
iii. | Pastikan lembu telah disahkan bebas dari penyakit kuku dan mulut serta penyakit hawar berdarah dan telah diberi suntikan vaksinasi pencegahan penyakit tersebut.
Pastikan lembu adalah bebas dari jangkitan kutu dan cacing serta telah diberi rawatan ubat kutu dan cacing
Pastikan lembu adalah sempurna anggotanya dan tidak cacat serta tidak bantut dari segi pertumbuhan badan |
Sumber ladang atau gerompok ternakan dari mana lembu diperolehi perlu dipastikan mempunyai sijil perakuan bebas penyakit dari Jabatan Perkhidmatan Haiwan
|
Lembu-lembu yang dipilih untuk penternkan fidlot perlu dipastikan sihat, bebas jangkitan kutu dan cacing serta tidak cacat |
4.0 PENGURUSAN
Pengurusan yang cekap dan sistematik adalah adalah penting bagi menjamin kesihatan ternakan, peningkatan berat badan harian yang maksimum, kawalan kos operasi yang minimum serta keuntungan yang optimum.
4.1 Pengurusan Personel
Kebanyakan pengusaha atau pemilik fidlot tidak melakukan pengurusan ternakan secara langsung, sebaliknya menggaji tenaga pekerja yang diperlukan. Oleh yang demikian, pengurusan personel adalah mustahak
Pengurusan personel merangkumi aktiviti-aktiviti berikut:
i.
ii.
| Menentukan bilangan pekerja diperlukan tertakluk kepada bilangan lembu, saiz dan jenis operasi fidlot yang diusahakan. Kadar pekerja yang cekap dan optimum berbanding bilangan lembu dan jenis operasi fidlot adalah seperti berikut: a. Operasi fidlot secara manual = 1 orang pekerja untuk 200 ekor b. Operasi fidlot secara mekanikal = 1 orang pekerja untuk 400 ekor
Jadual bertugas atau jadual kerja harian perlu disediakan untuk kemudahan rujukan pekerja supaya penyelenggaraan operasi dan pengurusan harian lebih mudah dan cekap. |
4.2 Pengurusan Ternakan
Lembu fidlot khususnya baka import perlu dimandikan sekurang-kurangnya satu kali sehari untuk mengurangkan bebanan haba (heat stress). Tindakan ini didapati membantu meningkatkan selera pemakanan (feed intake) yang menentukan peningkatan berat badan harian yang tinggi.
Pemerhatian dan pemeriksaan secara rawak perlu dilakukan dari masa kesemasa bagi mempastikan keselesaan, kesihatan, pemakanan dan prestasi peningkatan berat badan ternakan.
Seeloknya setiap ternakan ditimbang pada minggu pertama kemasukan bagi merekod berat awal, bulan pertama atau kedua tempoh pemeliharaan bagi merekod peningkatan berat badan dan minggu terakhir tempoh pemeliharaan bagi merkod berat akhir sebelum jualan.
| |
| Pengurusan lembu fidlot yang cekap menjamin kejayaan dan keuntungan pengusaha |
4.3 Pengurusan Kandang
Kandang fidlot perlu diselia dengan sempurna termasuk penjagaan kebersihan harian, penyelenggaraan peralatan dan kemudahan infrastruktur. Kandang perlu dibersihkan sekurang-kurangnya satu kali sehari, seelok-eloknya disebelah pagi.
Kandang yang kotor dan dipenuhi najis akan memudahkan jangkitan penyakit kepada lembu fidlot dalam kurungan sepeti penyakit pernafasan dan radang paru-paru , kembong atau direa dan masalah kuku.
4.4 Pengurusan Pemakanan
Pengurusan pemakanan lembu fidlot sangat kritikal kerana ianya merupakan faktor utama yang mempengaruhi peningkatan berat badan harian (daily weight gain). Ini seterusnya akan menentukan samada projek ternakan fidlot yang diusahakan memberi keuntungan atau kerugian,.
Lembu fidlot perlu diberi makanan antara 4-6 kg seekor sehari pada peringkat permulaan pemeliharaan (berat badan antara 200-250 kg.), sehingga mencapai 8-10 kg seekor sehari pada peringkat akhir pemeliharaan ( berat badan antara 350-400 kg). Bagaimanapun, kiraan kadar pemberian makanan adalah juga tertakluk kepada jenis makanan , seperti 100% PKC sahaja atau campuran PKC dan rumput atau lain-lain jenis bahan hasilan pertanian.
Jadual pemberian makanan perlu tetap, iaitu 2 kali sehari. Pemberian makanan pertama seeloknya awal pagi, antara jam 7 pagi dan selewatnya jam 9 pagi. Pemberian makanan kedua pula seeloknya selepas 6 jam berikutnya, iaitu antara jam 1 petang dan selewatnya-lewatnya jam 3 petang.
Lembu fidlot juga perlu disediakan garam jilatan (mineral block) yang mencukupi sepanjang masa sebagai bekalan tambahan keperluan mineral. Bekalan air minuman yang bersih dan mencukupi perlu sentiasa tersedia.
| Lembu Fidlot perlu diberi makanan berkualiti yang secukupnya secara cekap dan ekonomik |
4.5 Pengurusan Kenderaan
Kenderaan seperti lori yang sesuai untuk mengangkut ternakan, makanan dan peralatan ladang perlu diselenggara dengan baik. Sekurang-kurangnya ladang fidlot perlu mempunyai sebuah lori, minimum 3 tan atau mendapatkan khidmat lori sewa yang murah.
4.6 Pengurusan Rekod
Pengurusan rekod adalah penting untuk memudahkan penilaian projek fidlot yang diusahakan, seperti menilai prestasi peningkatan berat badan harian, jumlah makanan yang dimakan, kos pemakanan, kos ubat-ubatan, kos penyelenggaraan dan kos operasi fidlot berbanding keuntungan-kerugian.
Rekod-rekod berikut adalah penting dalam pengurusan lembu fidlot:
i. Rekod pembelian lembu 'feeder'
ii Rekod pemberian makanan harian
iii Rekod peningkatan berat badan harian
iv Rekod kesihatan dan kematian
v Rekod pemasaran/jualan lembu fidlot
vi Rekoid personel
vii Rekod kewangan
PELUANG PELABURAN SECARA KOPERASI. Pihak Eastana Farm Industries Sdn Bhd (706301-V) dengan usahasama Koperasi Usahawan Malaysia Berhad (KUMB) memperlawa anda untuk menjadi rakan pengusaha Program Usahawan Ternakan(PUT). Konsep Pinjaman Pelaburan Penternakan lembu mengguna pakai konsep pajakan PAWAH dan pembahagian keuntungan secara Mudharabah.
- Pulangan Keuntungan Penternakan lembu dibayar secara Bulanan atau Tahunan (pilih).
- Minimun Pinjaman Modal Penternakan lembu RM 3,000.
- Ikatan Tempoh Pinjaman Penternakan lembu adalah selama 3 Tahun.
- Jangkaan Keuntungan Penternakan lembu adalah sehingga 12% sebulan dari Nilai Pinjaman Modal Penternakan lembu selama 36 bulan.
- Pinjaman Modal Penternakan lembu akan dipulangkan selepas tamat kontrak 3 tahun dengan nilai mengikut pasaran semasa.
- Tambahan Pinjaman Modal Penternakan lembu boleh dibuat pada bila-bila masa dalam gandaan RM1,000.
- Bonus Tambahan Insentive sehingga 3% akan diberikan kepada ahli yang ingin berkongsi maklumat dan menubuhkan rangkaian penternakan lembu.
- Layari laman maklumat dan syarikat untuk keterangan lanjut penternakan.
CARA-CARA PENYERTAAN:
1. Syarat terkini anda perlu menjadi ahli KUMB terlebih dahulu dengan membuat pelaburan pokok RM 1,ooo.
2.Masuk ke laman
Permohonan secara Online.
- Taipkan ID Pengenal 205588145 dan tekan search.
- Isikan semua butir-butir yang dikehendaki terutama yang wajib bertanda *.
- Semak dan tekan butang submit.
- Anda akan diberi User ID dan Password untuk mengaktifkan akaun anda.
- Catatkan user ID dan Password dan tekan OK.
3.Muat turun borang
Ahli Koperasi KUMB.- Isikan semua maklumat. Individu tidak perlu mengisi butir- butir syarikat.
- Isikan tarikh dan tandatangan.
- Kosongkan ruang Pencadang & Penyokong.
4. Muat turun borang
Ikrar.- Ikut Nota:
- Sertakan 2 x gambar ukuran pasport.
- 2 x salinan Kad Pengenalan
- Salinan Pendaftaran Syarikat (jika berkaitan)
- Salinan Form 49 (jika berkaitan)
5. Muat turun borang
Pinjaman/Pelaburan.- Isikan semua butir-butir.
- Min Pinjaman adalah RM 3,000 dan gandaan RM1,000.
- Isikan Nama Pencadang: ZAINUDIN BIN AHMAD.
- ID Pengenal : 205588145.
6. Muat turun borang
Bayar.- Buat bayaran menggunakan Bank Draf/Bank Cek. atas nama KOPERASI USAHAWAN MALAYSIA BERHAD.
- ID Pengenal : 205588145
- Nama Pengenal: ZAINUDIN BIN AHMAD
7.Buat salinan dan pos/hantarkan ke:
- EASTANA FARM INDUSTRIES SDN BHD
- 47-1 Jalan TKS 7
- Taman Komersial Senawang
- 70450 SENAWANG Negeri Sembilan
Pihak Eastana Farm akan membuat pendaftaran setelah borang
ASAL diterima.
Anda akan dihubungi oleh pihak Eastana Farm melalui SMS dan panggilan tel berhubung permohonan anda dan pengesahan no ID untuk diaktifkan dalam masa terdekat.
Anda adalah digalakkan untuk berkongsi maklumat kepada rakan-rakan mengenai program penternakan lembu ini. Usaha anda akan diberi ganjaran
3% dari Modal Pinjaman Pelaburan penternakan lembu rakan-rakan anda. Sila layari dan teliti laman maklumat.
BERTINDAK SEGERA SECARA BIJAK!